07/04/2006
Lawak 12 Mei
Rahsia
Shuib: Aku salute dengan kau. Setiap kali berlumba, kau mesti menang. Apa rahsia kejayaan kau?
Anwar: Susah... bukan semua orang boleh buat.
Shuib: Apa dia?
Anwar : Jangan bagi tahu orang. Sebenarnya setiap kali aku lari aku bayangkan aku dikejar isteri pertama aku!
Lupa
SEORANG isteri menyuruh suaminya yang terkenal dengan sikap pelupanya pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur yang sudah kehabisan stok.
Isteri: Beli bawang sekilo, cili kering RM2.
Suami: Setakat dua barang abang ingatlah.
Sebaik enjin Vespa dihidupkan, si isteri teringat garam juga dah kering dalam balang.
Isteri: Eh bang... garam pun dah habis.
Suami: Kalau dah tiga barang, mesti abang lupa.
Isteri: Kalau macam tu baik abang tulis.
Selesai menulis ketiga-tiga barang yang diperlukan, si suami terus menendang starter Vespa dan berlalu pergi. Sampai di pasar, si suami terpinga-pinga. Garu sana garu sini, tak pasal-pasal rambut gugur sia-sia. Selain lupa apa barang yang diperlukan isterinya, dia juga sebenarnya lupa membawa kertas catatannya tadi.
Flower horn
SAMAD sedang menggali lubang menggunakan cangkul di belakang rumah. Jiran-nya, Encik Dolah bertanya:
"Nak tanam apa tu Samad?"
"Ikan flower horn yang baru saya beli semalam dah mati," jawab Samad.
"Kan ikan tu kecil saja, takkan besar sangat lubang yang kau gali tu," kata jirannya itu lagi.
"Yalahhh... sebab ikan saya tu ada dalam perut kucing pak cik."
Uban
SUATU hari seorang kanak-kanak - berusia lingkungan enam tahun terkejut melihat ada beberapa helai uban di celah-celah rambut ibu-nya.
Dalam keadaan hairan, kanak-kanak tadi bertanya:
"Mak... kenapa ada uban atas kepala mak?"
Jawab emaknya: "Memanglah begitu... setiap kali anak-anak melukakan hati emaknya, sehelai rambut emak akan berubah warna menjadi putih. Kalau rambut emak banyak yang putih, itu tandanya kamu banyak melawan cakap emak selama ini."
Kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa itu berkerut-kerut mukanya memikirkan sesuatu.
Dia kemudian bersuara perlahan:
"Kalau macam tu, emak lagi banyak melawan cakap opah...!"
10:35 Posted in LAWAK JENAKA | Permalink | Email this
