01/11/2006
Tahukah Anda
FRENCHMAN Michel Lotito yang lahir pd 15 Jun 1950, mempunyai diet paling luar biasa. Dia makan besi dan kaca sejak berusia 9 tahun. Antara bahan yang menjadi makanannya ialah televisyen, basikal, lampu, pisau cukur, peluru, skru, bebola api, dan apa saja dari besi atau kaca. Setiap hari dia memerlukan 900gram besi. Untuk melancarkan sistem penghadamannya dia terpaksa minum minyak pelincir sebagai menggantikan air.
TERDAPAT lebih 500,000 kawah permukaan bulan yang boleh dilihat dari bumi menerusi teleskop. Kita memerlukan 400 jam untuk mengira semuanya, itu pun tidak termasuk kawah yang terlindung.
MASYARAKAT Mesir purba percaya bawang merah boleh memberikan kuasa atau tenaga yang luar biasa pada seseorang. Sebab itulah buruh-buruh yang membina piramid diberi makan bawang setiap hari.
LELAKI boleh mngelakkan risiko sakit jantung atau strok dengan mengadakan hubungan seks tiga atau empat kali seminggu. Aktiviti itu sama dengan bermain skuasy dan merentas desa. Jika selalu dilakukan, ia boleh mebaiki sistem pernafasan dan badan akan mngeluarkan peluh berlebihan.
MESIN taip dicipta oleh William Burt pada tahun 1829 untuk kegunaan orang cacat penglihatan. Namun is menjadi popular kepada orang celik.
GURUN Sahara meliputi kawasan seluas 7.5 juta kilometer persegi. Ia lebih besar dari benua Australia, tiga kali lebih besar dari Gurun Arab dan dua kali lebih besar dari Gurun Gobi di Mongolia.
Pada 15 Januari 1919 seluruh bandar Massachusetts dan Boston di Amerika Syarikat dilanda banjir sirap. Kejadian itu berlaku apabila tangki setinggi 16 meter yg memuatkan 9.5 juta liter sirap pekat pecah. Ia menyebabkan 21 org terbunuh dan 150 org cedera serta melumpuhkan seluruh sistem. Seluruh bandar bertukar menjadi coklat. Pekerja bandar raya menagambil masa enam bulan utk membersihkannya.
VIRUS HIV telah menyerang manusia sejak kurun ke-17 berdasarkan penemuan virus yg serupa pada cimpanzi oleh penyelidik Belgium baru-baru ini. Ia disebabkan daripada haiwan itu kepada manusia melaui pemburuan.
LIM Poon dari Kepulauan Hainan, China terapung selama 133 hari di Lautan Atlanti Selatan, selepas kapal yg dinaikinya S.S Ben Lomond milik Bristis Merchant Navy terkena tembakan torpedo Jerman pada 23 November 1942.
+++++++++++++++++++++++++++++++
Kesan Cahaya Matahari kepada Mata
TAHUKAH anda, mendedahkan mata kepada cahaya matahari tanpa pelindung mata yang sesuai boleh menyebabkan beberapa perkara berikut berlaku:
o Kerosakan fotokimia kepada penerima cahaya dalam mata
o Menyebabkan lapisan sensitif dalam mata terbakar tanpa disedari
o Kerosakan pada hujung saraf
o Kanta mata bertukar menjadi kabur (katarak)
- Kesan ini terjadi bukan saja disebabkan cahaya boleh nampak, misalnya dari matahari, tetapi juga dari cahaya tidak boleh nampak (tenaga) seperti Infra Merah (IR) dan Ultra Ungu (UV).
- Cahaya UV boleh menyebabkan katarak dan ‘sunburn’ (kesan pada kulit disebabkan panas matahari). IR pula boleh merosakkan tisu kanta mata dan kesannya mata akan menjadi kabur.
- Kerosakan mata yang dialami kesannya akan dapat dirasakan beberapa jam kemudian, antaranya mata mula berasa pedih, berair dan menjadi kabur.
- Tahap kerosakan mata seseorang yang melihat matahari tanpa alat pelindung bergantung selama mana pendedahannya kepada cahaya berkenaan
- Oleh kerana itu, ada dua kaedah untuk melihat atau mencerap matahari, iaitu menggunakan penuras yang direka khas seperti Polyster atau Cermin Questar serta pancaran dari teleskop/binokular atau cermin kecil.
06:05 Posted in PELBAGAI | Permalink | Email this
