01/01/2009
GULAI TEMPOYAK KELADI KEMAHANG (masakkan tradisional pahang)
ni rupa gulai keladi tu...

intro dulu:
keladi kemahang ni...ia hidup dalam paya yg dah tak digunakan...bukan isi keladi atau batang keladi...tapi bahagian dalam batang keladi tu....bahagia akan keluar jadi pucuk keladi nanti...ade yg kite buat gulai..rase nye gatal kat dalam tekak...ade yg tak gatal...tapi kat kg kemahang tu memang tak gatal punya...kat umah kawas tak gatal...menu wajib mak kawas buat kalu kawas balik kg...yami yamiiii...best sesangat weh....
nak masak nye pun simple gak...
bahan2 nye:
1.secekak keladi kemahang
2.tempoyak agak2 la..
3.lada..nak pedas isi banyak2
4.kunyit i inci
5.daum kesum
6.bunga kantan
7.air
8.garam
cara2 nye:
1.tumbuk lada kunyit....kalu keladi panjang sangat potong sikit...pastu campur bahan di atas dalam periuk...tunggu masak sampai keladi tadi lembut...perrhhhh..
p/s: nak best lagi isi jering semai,petai,terung anggur...perasa (suka pakai tumix)....
keladi tu ade jual kat pasar tani kuantan hari ahad...cari tempat orang jual buah mula2 tu ada la...
selamat mencuba...dan rasailah keenakkan nyeee..



06:20 Posted in KOLEKSI RESIPI | Permalink | Comments (0) | Email this
Gulai Asam Rom / Asam Rong (Masakan Tradisional Pahang)
ni rupa perah tu...tapi ni yg telah direbus..rasanya cam kacang..

ni perah yg telah siap dijemur dan ditumbuk disimpan dalam bekas..inilah dinamakan ROM tu..

ni la gulai rom...ni gulai rom ikan puyu...pergghh

selain dari buat gulai rom ni juga boleh dibuat sambal..bahan nye lada n garam n rom...dibakar terus kat api..kalau zaman dulu dia tepek pada papan kecil tapi sekarang mak aku buat pakai tudung periuk je...

GULAI ASAM ROM
Rom : ape dia yek....berasal dari buah perah,buah ni tumbuh kat dalam hutan,pokok nye beso cam batang balak..selalu nye ade pada musim panas je..nak buat rom ni..kena yg betul terer je..kalu tak boleh bawa maut..jadi cam cerita sang kelembai pulak..anak nye mati makan buah perah ni..habis dicabut pokok perah..(melalut pulak).buah ni asal nye mabuk...cara buat rom, buah dan isinya lebih kurang buat getah cuma ia bujur je warna kuning coklat.ade juga yg buat rom pakai buah getah tapi kurang power sikit...buah di kupas dan dijemur beberapa hari..utk hilang getah mabuknye..
dah kering ditumbuk plak..hingga keluar minyak sikit..pas tu simpan dlm bekas..dah lama tu baru leh guna..
bahan2 nye:
1.Rom secukupnye..
2.ikan sungai..yg best ikan kelah atau tengas...baung,keli pun sodap ape pun best..daging best gak...kena pulak daging kijang perrggh.
3.kunyit 1 inci
4.daun kesum
5.lada lagi pedas lagi best
6.kalau ade daun kesin..cam daun kunyit ade tumbuh dlm hutan je..
7.garam secukup rasa
8.kalu ade boleh isi petai ke,jering semai ke, terung telunjuk ke, terung anggur ke..utk menambah keenakkan nye..
9.air secukup nye
cara2 membuatnya:
1.tumbuk kunyit, lada n rom tadi..
2.masuk dlm periuk campur terus ngn ikan, semua bahan diatas letak atas api,isi garam secukup rasa..siap
peergggghh...belum cuba belum tau..sape yg tk pernah makan tu cari2 kat pahang terutama sekali sebelah yg disebutkan di atas..
selamat mencari...dan mencuba



06:18 Posted in KOLEKSI RESIPI | Permalink | Comments (0) | Email this
Lemon Chicken

ISI AYAM GORENG Bahan-bahannya
400gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat
Cara penyediaan
Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
Gaul hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
Sedap dihidangkan semasa panas.
SOS LEMON Bahan-Bahan
4 s/mkn jus lemon
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste
Cara penyediaan
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.
Note:
Rasa sos haruslah masam manis.
06:16 Posted in KOLEKSI RESIPI | Permalink | Comments (0) | Email this
SAMBAL HITAM (masakkan tradisional pahang)
ni masakan betul2 ori dari pahang sebelah jerantut,lepeh n raub..tempat lain tak kenal masakan ni...perggghhh memang sedap.nak buatnya simple je...
ni rupa sambal hitam tu...tak hensem langsung...tapi hitam itu menawan

bahan2
1.belimbing rebus (belimbing buluh yg direbus sampai jadi hitam...nak masak sampai jadi hitam tu bukan hangit..mau 4 5 jam..org kg tk masak pakai dapur gas..masak kat luar rumah pakai kayu api) selalu nya dimasak dgn byk utk disimpat buat stok..utk beberapa bulan..buleh tahan bertahun lama nye.
bahan ni yg payah nak jumpa..



2.ikan bilis (100g)
3. lada burung (lagi pedas lagi power)-ikut la byk mana
4.bawang merah (3 ulus)
5.minyak utk menggoreng
cara2 membuatnya
1.tumbuk ikan bilis,lada n bawang dan tumbuk jgn hancur sangat..pas tu campur dgn belimbing tadi...
2.panaskan minyak..dan goreng bahan diatas...siap dihidangkan..
nak post gambar tak reti...tapi tak yah tengok gambar la tak menarik langsung...tapi kalu dah makan kena dgn nasi panas.....pergggghhhh ko..
sape2 tak pernah makan klau rasa sekali..pasti termimpi2...tak caya cuba la...
06:10 Posted in KOLEKSI RESIPI | Permalink | Comments (0) | Email this
15/10/2008
SINGGANG DAGING
Bahan
500 gm daging [hiris nipis]
3 keping asam keping
3 ulas bawang putih ]
4 cm lengkuas ] hiris
3 cm kunyit hidup ]
1 s/b ketumbar ]
1 s/k jintan manis ] tumbuk kasar
Ciliapi
garam
Air secukupnya
Cara
1.Masakkan semua bahan kecuali ciliapi dalam periuk dan masakkan sehingga daging lembut.
2. Masukkan ciliapi dan rasakan garamnya.
3. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan
10:31 Posted in KOLEKSI RESIPI | Permalink | Comments (0) | Email this
17/09/2008
Carrot Cake
1 cawan olive oil
1 cawan gula perang
3 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 camt soda bikarbonat
2 camt serbuk kulit kayu manis
2 cawan parutan karot - dlm 3-4 batang karot
1 cawan kacang walnut - dicincang
Bahan2 aising:
250gm cream cheese - suhu bilik
1 cawan gula aising
1 camt esen vanila
cara2:
- panaskan oven pada suhu 180C dan sapukan sedikit mentega pada tin kek. taburkan juga sedikit tepung supaya senang utk mengeluarkan kek
- satukan minyak, gula dan telur di dalam mixing bowl dan pkul sehingga sebati
- ayakkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk kulit kayu manis ke dalam adunan minyak dan kacau biar sebati
- masukkan parutan karot dan kacang walnut, gaul perlahan hingga rata
- tuangkan kedalam tin kek dan bakar selama 45 - 50 min atau sehingga masak
- sejukkan 10 min sebelum dikeluarkan dari tin
- untuk membuat aising: satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati
- bolehlah disapukan ke atas atau keseluruhan kek dan biarkan di dlm fridge sekejap supaya aising keras sedikit sebelum dipotong
07:17 Posted in KOLEKSI RESIPI | Permalink | Comments (0) | Email this
16/09/2008
Popia goreng
Bahan-bahan ( 10 batang )
- 10 keping kulit popia
- 10 keping cheese (klu xnk letak pun boleh,ikut selera masing2 ye)
- 1/2 batang lobak merah- potong halus memanjang
- 2 cawan taugeh
- 1 keping dada ayam- potong kecik@ dadu
- 1 sudu kecil pati ayam maggie
- sedikit gula
- Minyak untuk menggoreng
- 1 ulas bawang putih-diketuk
Cara-cara
- Sediakan inti. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam. Goreng sehingga ayam masak. Kalau perlu, tambahkan sedikit air.
- Masukkan pati ayam, gula lobak merah dan taugeh. Kacau. Biarkan 1-2 minit. kemudian padamkan api
- Ambik satu kulit popia. Letakkan sekeping cheese ke atasnya. Kemudian masukkan inti. Balutlah macam biasa. Dihujungnya letakkan sedikit air sebagai pelekat. Ulang sampai habis.
- Goreng dengan minyak penuh. Api hendaklah sederhana untuk mengelakkan hangus
05:03 Posted in KOLEKSI RESIPI | Permalink | Comments (0) | Email this
12/09/2008
Nasi beriani gam
Beras basmathi
Daging
Rempah beriani
Tomato jus
Tomato puree
Tomato sos
Cili sos
Madu
Susu cair
Buah gajus
Kismis
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Warna nasi
Air mawar
Minyak sapi
Minyak masak
Bawang besar
Bawang kecil
Bawang putih
Halia
Daun sop
Daun bawang
Daun ketumbar
Daun pudina
Daun pandan
Tomato
Lobak merah
Cili merah/hijau
Garam kasar
Gula pasir
Tepung gandum
Kain belacu
PERSEDIAAN SEBELUM MEMASAK
1 Daging - Di potong sederhana besarnya (4"x3"x2") Dibasuh, di bilas dan di toskan
2 Bawang besar - 7 biji di hiris nipis untuk di buat bawang goreng, 3 biji di hiris kasar
3 Bawang kecil - Di kisar (blender)
4 Bawang puteh - Di kisar (blender)
5 Halia - Di kisar (blender)
6 Buah gajus - Di goreng
7 Lobak merah - Di potong kecil sebesar 3/4" X3/4" X 3/4"
8 Tomato buah - Di potong melintang setebal 1/2"
9 Cili Hijau/merah - Di potong melintang 3/4"
10 Daun sop/bawang/ - Di potong selebar 1/2" dan di gaul ketumbar/pudina
11 Rempah beriani - Di bancuh dengan air
12 Tepung gandum - Di uli seperti membuat roti canai
PERSIAPAN UNTUK DAGING
1 Masukkan kedalam periok yang sesuai besarnya supaya apabila daging di masukkan ianya akan memenuhi hampir separuh periok tersebut
2 Sambil di kacau, masukkan rempah beriani, tomato puree, tomato jus, tomato sos, cili sos, madu, susu cair, bawang kecil/bawang puteh/halia yang telah di kisar, bawang besar yang di potong kasar, daun-daun kecuali daun pandan, rempah tumis, lobak merah, tomato buah, biji gajus, kismis, bawang goreng, minyak masak dan garam kasar.
3 Kacau sehingga sebati. Ambil sedikit ramuan yang telah di gaul dan rasa manis, masam dan masinnya dan sekiranya ada yang kekurangan, tambah mana yang perlu. Untuk lebih menyedapkan lagi tambah sedikit ajinomoto.
4 Setelah selesai, sebagai tambahan, letakkan telor rebus atau kentang di atas ramuan tersebut.
5 Basahkan kain belacu dan perah semula supaya kain menjadi lembab dan bentangkan atas ramuan yang telah siap di gaul. Biarkan ramuan tersebut buat sementara waktu sementara proses merebus beras di lakukan.
PERSIAPAN UNTUK NASI
1 Masak air dalam periok yang lebih besar supaya beras mudah di kacau dan tidak bersatu.
2 Sementara menunggu air mendidih, basuh beras basmathi seelok-eloknya tiga kali basuhan dan toskan.
3 Apabila air mendidih, masukkan garam kasar, daun-daun termasuk daun pandan, rempah tumis dan sedikit gula pasir. Tutup semula periok dan biarkan ianya mendidih kembali.
4 Apabila sudah mendidih, masukkan beras yang telah di toskan dan kacau rata-rata (jangan berhenti supaya beras tidak bercantum).
5 Apabila beras sudah separuh atau 3/4 masak, gunakan penapis dan masukkan kedalam periok yang mengandungi ramuan daging tadi. Taburkan rata-rata supaya menutupi ramuan daging tadi dan renjiskan air mawar, susu cair dan pewarna nasi di atasnya. Ulang perbuatan ini sehingga 3 atau 4 kali atau apabila semua beras yang direbus habis dipindahkan.
6 Setelah selesai, ambil tepung yang telah di uli dan uli semula supaya ianya menjadi kecil dan panjang (ukuran garis pusat 1"). Letakkan di sekeliling bibir periok dan tutup periok kembali. Letakkan benda berat di atas periok supaya wap tidak keluar.
7 Letakkan periok di atas dapur yang apinya di kecilkan dan tunggu lebihkurang 3 jam sehingga tepong yang di gunakan sebagai gam kering dan wap keluar.
Untuk makluman semua, tentang berapa banyak bahannya di atas kebijaksana anda. Resepi ini dari seorang yang pakar membuat dan menjual nasi beriani gam.
07:12 Posted in KOLEKSI RESIPI | Permalink | Comments (0) | Email this
11/09/2008
Beef croquette
senang je nk wat menatang nih. jemput la terai

Beef croquette
Ingredients:
300g minced beef
5 potatoes, peeled and boiled until soft
1 large(green) onion, minced
salt & pepper
a dash of nutmeg
cheese **optional
2 tbsp milk
2 tbsp heavy cream **optional
2 tbsp butter to fry onion
2 tbsp butter to mix with mashed potatoes
coating:
flour
egg
breadcrumbs
How to make:
1. Cut potatoes and boil until soft. Drain and mash while still hot and add in some salt and pepper and 2 tbsp of butter. Add in milk and cream and mix well.
2. Fry minced onions with butter until fragrant and add in minced beef. Stir fry until beef is cooked. Add salt, pepper and nutmeg. ( Here you can add other spices of your liking and make it into different flavors. e.g: curry powder, all spice, oregano etc)
3. Mix together fried onion+beef with mashed potatoes. Make them into small patties ( like making hamburgers ) I add some cube cheese in the middle, which is totally optional if you don't have any
4. Coat the patties with flour, followed by beaten egg and bread crumbs. Deep fry in oil until golden brown. Serve hot with chillie sauce or tartar sauce.
These croquettes can be made into different versions. You can use minced chicken instead of beef, you can add mix veggies, or cheese or simply make it plain (which in that case you should up the cream/milk by 1 or 2 tbsp)
06:33 Posted in KOLEKSI RESIPI | Permalink | Comments (0) | Email this
10/09/2008
AYAM MASAK HALIA
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam
Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan buah tomato dan daun bawang. Kacau rata.
6. Hidangkan.
10:20 Posted in KOLEKSI RESIPI | Permalink | Comments (0) | Email this
